Peres bertemu Abbas dalam pertemuan sampingan Mesyuarat Perhimpunan Agung


Jumaat , 22/09/06 –Timbalan Perdana Menteri Israel, Shimon Peres, bertemu dengan Presiden Palestin pada Selasa lalu, di dalam sebuah pertemuan sampingan Perhimpunan Agung PBB di New York. Peres memberitahu Abbas bahawa Olmert tidak akan bertemu dengannya selagi Hamas menolak untuk mengiktiraf Israel, dan membebaskan askar Israel yang ditawan.

Peres menambah bahawa pertemuan Olmert-Abbas “bergantung kepada Abbas mencapai apa yang diisytiharkannya sebagai satu syarat.”

Syarat-syarat tersebut adalah pengiktirafan negara Israel oleh kerajaan pimpinan Hamas dan menandatangani perjanjian sebagai tambahan untuk membebaskan Gilad Shalit, askar Israel yang ditawan oleh pasukan pejuang Palestin di Gaza.

Sementara itu, Jawatankuasa Kumpulan Berempat ( Amerika Syarikat, Russia, Kesatuan Eropah dan PBB) berkata pada Rabu lalu bahawa Kerajaan Kesatuan Nasional Palestin seharusnya selaras dengan tuntutan-tuntutan untuk mengiktiraf Israel, menolak keganasan dan mengktiraf perjanjian-perjanjian damai yang sebelumnya.

Sementara itu, pergerakan Hamas mengalu-alukan kenyataan Kumpulan Berempat itu yang mengesahkan Kerajaan Kesatuan Palestin tersebut. Pengesahan ini dijangka dapat menghentikan sekatan bantuan anratabangsa ke atas PA.

Peres, setelah memuji Abbas, kemudiannya menyatakan bahawa Hamas tidak menghentikan penembakan peluru buatan sendiri di kawasan Israel berhampiran dengan Tebing Gaza.

Di tanah Palestin, ketegangan di antara Fatah dan Hamas berterusan apabila ia semakin memuncak minggu lepas ketika salah seorang pegawai atasan perisikan Palestin, yang taat kepada Abbas dan pergerakan Fatah, ditembak mati di Gaza.

Juga, Ketua Perunding Palestin, Dr. Sa’eb Erekat, daripada parti Fatah berkata, kerajaan kesatuan tersebut haruslah konsisten dengan masyarakat antarabangsa dan perlu menegakkan kewajipan-kewajipannya.

Dr. Erekat menambah, kesamaan pengiktirafan (di antara Israel dan Palestin) adalah antara komitmen-komitmen yang pertama sekali dicapai di dalam perjanjian damai yang ditandatangani lebih dari sepuluh tahun yang lalu.