Bincang Kerajaan Campuran: Front Rakyat Bertemu Haneyyah


Jumaat , 22/09/06 –

Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin menegaskan keinginannya membincangkan isu kerajaan campuran dengan melakukan perbahasan dan dialog dengan syarat yang sesuai untuk mendapatkan kata sepakat.


Tujuan pertemuan ini juga adalah untuk mengaktifkan PLO dan membebaskan Palestin dari kezaliman. Hal ini dinyatakan sewaktu pertemuan dengan PM Palestin, Ismael Haneyyah yang juga membincangkan pembentukan kerajaan campuran.
Haneyyah juga menegaskan kepada delegasi Front, usaha pihak kerajaan berkenaan jaminan pembayaran gaji pegawai kerajaan, pembebasan dari embargo antarabangsa, isu perbezaan program politik antara pemerintah legislatif dan presiden Abu Mazen.

Sementara pihak delegasi Front menegaskan kepada Haneyyah isu penderitaan rakyat akibat embargo dan kelewatan gaji. Front meminta kerajaan pimpinan Hanneyah berlapang dada dalam melakukan kerjasama dengan presiden serta semua kekuatan yang ada di Palestin. Front menegaskan perlunya tindakan segera untuk membentuk kerajaan campuran dan mengaktifkan PLO dengan dasar dan prinsip piagam kesepakatan nasional.