Zahar Tolak Iktiraf Kewujudan Israel


Isnin , 25/09/06 –Dalam sidang akhbar di Gaza, Jumaat (22/9) Menteri Luar Palestin, Dr. Mahmud Zehar menolak kenyataan bahawa kerajaan campuran yang dipersetujui bersama akan mengiktiraf Israel.

Beliau menyatakan bahawa dasar pegangan kesepakatan nasional adalah piagam kesefahaman antara fraksi-fraksi Palestin yang tidak menyebut sedikitpun tentang pengiktirafan terhadap Israel.
Zehar menambah, jika ada pihak yang mahu mengiktiraf Israel, silakan, namun pihaknya tidak akan bergabung dengan pemerintahan yang mengakui Israel.

Beliau mengingatkan bahawa pengiktirafan terhadap Israel tidak hanya berbahaya kepada masa hadapan negara dan bangsa Palestin, namun juga berpengaruh terhadap wilayah Lubnan, Syria dan al-Quds yang telah ditetapkan sebagai sebahagian
dari wilayah Israel oleh dewan parlimen mereka.
Apa yang diusulkan oleh kerajaannya adalah perjanjian gencatan senjata dan bukan mengiktiraf Israel, namun menunda isu tersebut seketika dengan beberapa syarat tertentu. Jika mereka komited terhadap perjanjian itu, maka kami akan komited dan jika mereka melanggar perjanjian maka semua pihak bebas menentukan pilihan.

Zehar menambah, sejak Perjanjian Oslo pada tahun 1993 hingga kini, dimana telah disepakati pengiktirafan terhadap kewujudan Israel, namun apa yang diperolehi kerajaan yang lalu dari pengiktirafan
tesebut ? Di samping itu menurut Zehar, seruan Fatah untuk menggulingkan kerajaan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan kerajaan
sementara sebagai tindakan yang akan membawa kepada perang saudara.

“Seruan tersebut adalah tidak sah dan melanggar undang-undang. Jika tujuannya hendak membentuk kerajaan sementara dan mengambil alih pemerintahan, ia akan mewujudkan suasana darurat dan secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya perang saudara. Pastinya ada pihak-pihak tertentu yang inginkan keadaan tersebut berlaku di
Palestin” katanya.