
Khamis ,11-07-2013 – Pergerakan Islam Palestine mengutuk sekears-kerasnya pembunuhan beramai-ramai terhadap penunjuk perasaan secara aman Mesir, di hadapan premis pengawal presiden di Kaherah Isnin lepas.
Pergerakan Islam tersebut berkata dalam kenyataan mereka di dalam laman sesawang, bahawa pimpinan rampasan kuasa Mesir seolah-oleh hilang sifat perikemanusiaan mereka bila melepaskan tembakan kepada penyokong keadilan ketika mereka mendirikan solat.
“Peluru-peluru pengkhianat yang dilepaskan lewat hari ini telah melenyapkan perasaan takut dan gusar penududk Mesir yang cuba untuk memngembalikan semula revolusi pemerintahan” ujar pergerakan tersebut, dengan harapan bahawa insiden tersebut akan memberi petanda baik bahawa rampasan kuasa akan berakhir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah