Categories
Berita Semasa

Barghutsi Masuk Hari ke 70 Mogok Lapar di Penjara Israel

Isnin ,15-07-2013 – Sumber pihak Hak Asasi Manusia Palestin menyebutkan bahawa keadaan kesihatan tawanan pemimpin Al-Qossam, Abdullah Barghutsi yang berasal dari Jordan telah memasuki hari ke 70 dalam tindakan mogok lapar secara berturut-turut.

Persatuan tawanan, Rabu (10/7) mengumumkan, kumpulan doktor menghentikan memasukkan air ke badan Barghutsi setelah masalah kesihatan yang dialaminya serta kerosakan hati dan anggota badan yang lain.

Sementara itu, pemerintah Zionis tetap menahan Barghusti dalam keadaan terikat di katilnya di hospital, walaupun keadaan kesihatannya terus menurun. Dalam suratnya, Barghutsi menyebutkan, apa yang dilakukanya adalah tindakan mogok demi kemuliaan Jordan. beliau tidak mahu menimbulkan masalah kepada umum atau politik Jordan. Mogok laparnya adalah demi bangsa Jordan.

Beliau menolak berhenti dari tindakan mogok lapar sehingga tuntutanya tidak dipenuhi, iaitu beliau dibebaskan dan kembali ke negaranya, Jordan. Barghutsi adalah tawanan terlama. Beliau merupakan seorang jurutera operasi Izzudin Al-Qossam di Tebing Barat. Beliau ditahan sebanyak 67 kali seumur hidup, dilarang dikunjungi kedua orang tuanya sejak 13 tahun lalu dan baru 10 tahun berada dalam penjara yang diasingkan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman