Seorang kanak-kanak terbunuh, 14 orang awam tercedera


Khamis , 28/09/06 –
Sumber perubatan Palestin di Rafah, di bahagian selatan Semenanjung Gaza melaporkan seorang kanak-kanak terbunuh dan sekurang-kurangnya 14 penduduk tercedera pada satu serangan udara tentera Israel, yang membuat sasaran ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di Rafah, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.


Dr Ali Mousa, Ketua Hospital Abu Yousef AL-Najjar di Rafah, melaporkan bahawa Azza Ahmad Hammad yang berusia 14 tahun tersebut telah terbunuh akibat serangan tentera Israel. 14 penduduk tercedera dan 3 daripadanya cedera parah.

Mousa menambah bahawa badan kanak-kanak perempuan tersebut telah mengalami kecederaan serius setelah dia terkena percikan sebuah peluru berpandu. Ibu kanak-kanak perempuan itu juga tercedera ketika serangan itu bersama-sama 13 orang lagi penduduk yang mengalami kecederaan sederhana.

3 orang penduduk yang mengalami kecederaan parah telah di hantar ke Hospital Gaza-European di Khan Younis, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Rumah yang dibom tersebut dipunyai oleh seorang penduduk yang bernama Sami Al-Sha’er. Rumah tersebut dibom sebanyak 2 kali yang mengakibatkan ia musnah sama sekali.

Tentera Israel menyatakan yang rumah tersebut diserang kerana ia “telah digunakan sebagai tempat untuk menyembunyikan terowong bawah tanah ke pinggir Mesir untuk menyeludup senjata”.

Pada hari selasa, satu sumber dari agen keselamatan Palestin menyatakan bahawa Polis Palestin menjumpai sebuah terowong sepanjang pinggir Gaza-Mesir. Terowong tersebut telah di gali sedalam 25 meter di bawah tanah dan mencapai sehingga dalam kawasan Mesir.

Sementara itu, Polis Palestin telah menutup terowong itu pada waktu siang dan menyatakan bahawa ia berkemungkinan tinggi telah digali untuk tujuan jenayah dan bukan oleh puak-puak penentang.