
Khamis , 28/09/06 –
Gerakan pejuang Hamas Selasa (26/9) menolak pernyataan Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice yang menyebutkan bahawa telah berlaku perpecahan dalam Hamas. Pernyataan tersebut merupakan provokasi pihak Amerika terhadap rakyat Palestin yang pasti tidak akan berjaya.
Seorang pegawai kanan Hamas menyebutkan, kami dari gerakan Hamas menafikan kenyataan Rice tersebut. Pernyataan itu dianggap sebagai langkah provokatif yang dibawa oleh zionis Israel dalam rangka mengucar-kacirkan gerakan Hamas dan rakyat Palestin. Mereka berusaha mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat setelah gagal menundukan kehendak rakyat Palestin mengikut telunjuk mereka.
Pegawai kerajaan tersebut menyatakan bahawa pernyataan itu secara tidak langsung menjelaskan tentang sikap presiden Palestin Mahmud Abbas yang baru pulang dari New York. Abbas mengatakan bahawa perundingan dengan Hamas akan kembali bermula dari kosong. Bahkan Abbas menganggap bahawa mengiktiraf Israel sebagai prasyarat pembentukan kerajaan campuran dengan Hamas.
Menurut pegawai kerajaan tersebut lagi, langkah Amerika serta sebahagian fraksi tempatan mahupun dunia Arab untuk mewujudkan perpecahan dalam Palestin adalah tindakan sia-sia dan akan berakhir dengan kegagalan.