
Khamis , 28/09/06 –
Pada hari keempat seterusnya, tentera rejim Zionis telah meneruskan pencerobohan ketenteraannya di bandar Nablus di Tebing Barat pada pagi rabu di kem Balata dekat Bandar Nablus. Seramai 3 orang penduduk telah di tawan.
Tentera rejim Zionis itu telah melemparkan bom dan menembak beberapa remaja yang melempar batu apabila berlaku pertembungan di antara mereka. Terdapat kecederaan dilaporkan.
Sekurang-kurangnya tiga orang telah di tangkap sebagai tawanan oleh tentera-tentera rejim Zionis itu. Sumber tempatan mengesahkan mereka yang ditangkap sebagai Ala’ Shary’ah, 21, Jihad Shufan,17 dan Abd-Allah Qatawi,17.
Segerombolan pejuang keamanan Palestin dari Pasukan Al-Quds, sayap ketenteraan Jihad Islam, dan pasukan Syahid Al-Aqsa, sayap ketenteraan Fatah, melaporkan yang mereka telah bersedia dengan bom di tepi jalan untuk menyerang jip tentera rejim Zionis di Kem Pelarian Balata sewaktu percerobohan berlaku.
Tentera rejim Zionis mengesahkan serangan tersebut dan menyatakan yang bom tersebut meletup berhampiran dengan jip tentera, tetapi tiada mangsa kecederaan dilaporkan.