
Selasa ,20-08-2013 – Pergerakan Hamas menggesa orang ramai di rantau ini dan di seluruh dunia untuk menggunakan seluruh usaha yang mungkin untuk menghentikan pengepungan di Gaza terutamanya selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.
Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri, membuat satu kenyataan menggesa untuk menganjurkan konvoi
laut terbesar ke Gaza untuk memecahkan pengepungan selepas perkembangan terkini.
Semenanjung Gaza telah dikepung sejak 2006 tetapi kesannya semakin teruk berikutan peristiwa 30 Jun di Mesir,
tentera Mesir memusnahkan terowong Rafah dan menyekat kemasukan barang ke wilayah pantai manakala hampir menutup keseluruhan lintasan Rafah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul