
Jumaat , 29/09/06 –
Sekumpulan besar tentera rejim Zionis telah menangkap 8 penduduk tempatan dan mencederakan 2 orang lagi penduduk ketika pencerobohon mereka terhadap bandar Qabatia di selatan kota West Bank di Jenin pada hari Rabu pagi (27/09/2006).
Kenderaan serta pasukan bersenjata telah melepaskan serangan yg hebat dari beberapa arah dan bergerak secara meluas dari rumah ke rumah di sekitar bandar tersebut. Beberapa saksi kejadian mendakwa bahawa pasukan tersebut telah melepaskan tembakan secara terbuka dan bunyi tembakan kedengaran di sana-sini di kawasan perumahan penduduk sekitar. Mereka juga telah menggeledah harta-benda keluarga dan merosakkannya sepanjang pencerobohan itu menyebabkan kanak-kanak berasa panik.
Tentera rejim Zionis telah membawa 8 orang tahanan ke tempat yg tidak diketahui. Antara yang ditahan ialah Abd-Allah Khazimah,15, Yasser Nazal,37, Mohamed Kamiel, 25, Zied Abu Wa’ar,22, Ahmad Saba’nah,25 dan Yasser Abu Mu’alla, 24.
Pertelingkahan meletus di antara para pemuda yang membaling batu dan tentera penceroboh. Sumber tempatan melaporkan bahawa pemuda-pemuda tersebut telah disembur dgn gas pemedih mata dan peluru berpandu, mencederakan sekurang-kurangnya 2 orang pemuda. Mereka telah dihantar ke hospital berdekatan di Jenin bagi rawatan lanjut.