
Isnin , 02/10/06 –Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada pagi Khamis (28/09/06), seorang penduduk meninggal dunia akibat daripada kecederaan yang di alami pada 22 September lalu semasa pertengkaran di antara ahli-ahli Komiti Eksekutif dan pejuang Pasukan Al-Aqsa, sayap ketenteraan Fatah.
Pasukan Komiti Eksekutif telah ditubuhkan oleh Hamas setelah gerakan itu menang majority kerusi di dalam kaunsel perundangan.
Pergelutan itu berlaku disekitar Hospital Kamal Adwan di bahagian utara Semenanjung Gaza. 6 orang terbunuh sewaktu pergelutan berlaku sementara seorang penduduk, Taiseer Misbah Al Hindy, 45 cedera di kepala dan meninggal dunia pada Khamis ini.
Bahagian utara Semenanjung Gaza telah menyaksikan banyak ketegangan di antara ahli-ahli pasukan eksekutif dan ahli sayap ketenteraan Fatah.
Pergerakan Hamas merancang untuk mengadakan satu tujuk perasaan besar-besaran pada Jumaat sebagai respon kepada risalah dan kenyataan dari ketua gerakan Fatah menentang perkara tersebut semenjak dua hari lalu, dilaporkan oleh satu sumber Hamas.
Kedua-dua Hamas dan Fatah saling tuduh-menuduh mengenai sebab-sebab pertengkaran dasyat yang berlaku di sekitar hospital tersebut.