
Isnin , 02/10/06 –Kerajaan regim Israel menggunakan alasan keamanan untuk menghalang rakyat Palestin dari memasuki al-Quds untuk melaksanakan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, pada Jumaat pertama bulan Ramadhan ini.
Sebelum ini pemerintah Israel telah melarang rakyat Palestin yang berusia kurang dari 40 tahun melakukan solat di Masjid al-Haram al-Quds.
Menurut tinjauan sumber Palestin, keputusan Israel tersebut adalah kezaliman terhadap hak-hak Palestin. Ternyata mereka tidak konsisten terhadap peraturannya sendiri. Bahkan mereka menyenaraikan ribuan nama yang dilarang masuk kota Al-Quds termasuk penduduk yang berusia lebih 40 tahun.
Sejak pagi Jumaat (29/9) ribuan kaum muslimin Palestin menunju ke Masjid al-Aqsa namun dihalang oleh sekatan-sekatan tentera zionis Israel.
Sebahagian besar dari mereka tidak dapat masuk. Ini menyebabkan mereka melakukan solat Jumaat di tempat sekatan di adakan oleh tentera Israel.
Sementara itu, di dalam kawasan al-Quds, Ramalah dan Kota Lama, ribuan polis dan pengawal keselamatan Israel melakukan kawalan terhadap kaum muslimin yang sedang melakukan ibadah di kawasan al-Haram.