Presiden Perancis – Strategi Baru Seantero Dunia Di Perlukan.


Isnin , 02/10/06 –
Kesal dengan konflik di Timur Tengah yang telah menjadi tempat gempa meletus daripada ketidakstabilan sejagat, Presiden Perancis, Jacque Chirac memberitahu pemimpin-pemimpin dunia di Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa telah sampai masanya untuk `melangkah keluar dari tabiat jejak memukul’ dan berikhtiar untuk mengatur strategi secara global demi penyelesaian Israel-rakyat Palestin.


“Keadaan sekarang telah menjadi tenat. Disebabkan konflik di Timur Tengah merupakan ancaman kepada keamanan dan keselamatan sejagat, dunia tidak ada pilihan lain kecuali menjadi penjamin keamanan, “ kata Chirac dalam ucapan beliau di perdebatan umum Sesi Perhimpunan yang ke-61.

Beliau berkata sekarang adalah masa bagi pemimpin-pemimpin mengambil kembali isu daripada pelampau-pelampau kedua belah pihak dan bekerja utk mengembalikan keyakinan antara rakyat Israel dan Palestin.

Dengan asyik menangguhkan penyelesaian ini,ia menjadikan konfrontasi itu sebagai punca meletusnya ketidakstabilan sejagat, faktor utama kepada salah faham antara dunia lain dan sebagai jalan mudah kepada segala bentuk keganasan.

Chirac memanggil Kuartet- kumpulan diplomatik terdiri daripada PBB,Persekutuan Eropah, Amerika Syarikat dan Persekutuan Rusia- untuk bersidang tidak lama lagi bagi membuat persediaan untuk persidangan antarabangsa membincangkan isu yang membuka jalan untuk “perubahan baru demi masa depan di Timur Tengah”

Pemimpin Perancis tersebut menggariskan parameter utk setiap jawapan: dua buah negeri tinggal sebelah menyebelah dalam keselamatan, perlindungan dan dikenalpasti sempadan, serta penyelesaian yang adil kepada pelarian dan juga kepada Jerusalam.

Dengan memuji resolusi Majlis Keselamatan 1701 yang menamatkan konflik terbaru antara tentera rejim Zionis dan Hizbullah di Lebanon, Chirac berkata bahawa amatlah penting semua pihak menunaikan komitmen mereka, teruatamanya apabila “api (kemarahan) masih membakar di dalam”

Beliau memanggil Israel supaya menyempurnakan pengunduran tenteranya dari Lebanon, supaya Kerajaan Lebanon bersikap tegas dalam kedaulatan menjaga kawasan naungannya, dan juga supaya semua negara dalam wilayah tersebut bekerjasama sepenuhnya demi memastikan resolusi itu berjaya.