
Selasa , 03/10/06 –Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada malam Isnin, 2 orang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 tercedera, manakala 3 daripadanya cedera parah akibat pergaduhan di antara penembak Fatah dan ahli-ahli kumpulan Pasukan Eksekutif Hamas.
Pergaduhan berlaku di Rafah, di bahagian selatan Semenanjung Gaza sewaktu tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Fatah menentang pergaduhan dalaman. Sumber tempatan melaporkan perarak-perarak telah di tembak semasa tunjuk perasaan dan telah menghidupkan api pertempuran senjata.
Sementara itu, Pasukan Eksekutif melaporkan yang penembak-penembak Fatah telah menembak salah satu daripada pusat kawalannya di Rafah menyebabkan ahli Pasukan Eksekutif menembak balik dan akhirnya menimbulkan ketegangan dan pergaduhan di beberapa tempat di Semenanjung Gaza.
Wartawan Qatar untuk TV Al-Jazeera melaporkan lebih 1000 penunjuk perasaan keluar ke jalan raya, menuntut kejatuhan kuasa Pasukan Eksekutif dan perletakan jawatan Menteri Dalam negeri, Sa’id Siyam. Ratusan penembak Fatah di satu bahagian dan ahli-ahli Pasukan Eksekutif di bahagian satu lagi yang kini sedang bergerak ke beberapa kawasan lagi.
Al-Jazeera menambah bahawa penembak-penembak tersebut telah menawan 2 orang pemimpin Fatah di Bandar Bani Soheila, dekat Khan Younis, di bahagian selatan Semenanjung Gaza dan melarikan mereka kesuatu tempat yang tidak diketahui.
Sementara itu di Tebing Barat, Bandar Ramallah, berdozen-dozen penduduk membantah pergaduhan dalaman tersebut dan menuntut penubuhan kerajaan nasional bersatu dan menghentikan keganasan dan kucar-kacir.
Juga di Ramallah, ketua-ketua yang mewakili 10 kumpulan di Petubuhan Pembebasan Palestin dan beberapa kumpulan mewakili Kounsil Pembubaran Undang-Undang berjumpa pada hari Isnin untuk membincangkan cara-cara untuk menghentikan pergaduhan dan keganasan dalaman yang sedang berlaku.
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya, menggesa hentian serta-merta untuk semua perbalahan dan pergelutan dan menambah dalam ucapannya sebelum perjumpaan kerajaan, yang situasi itu akan bertambah baik tidak lama lagi. Menteri Dalam Negeri, Sa’id Siyam menyatakan bahawa semua yangterlibat dalam pergelutan dalaman itu akan dihukum dan hanya Israel yang akan mendapat kebaikan dari situasi itu.
Sementara itu, Nabil Amro, penasihat Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata bahawa presiden akan memutuskan cara terbaik untuk menghentikan krisis tersebut. Amro tidak mengulas panjang berkenaan cara-cara tersebut samada mereka akan menggesa perletakan jawatan oleh kerajaan sekarang atau mempercepatkan pilihanraya.
“Abbas tidak akan melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kerosakan kesatuan seluruh Negara” Amro menambah.