Categories
Berita Semasa

Perpecahan Kesatuan Guru-Guru Tebing Barat Gaza Menimpa lagi

Selasa,10-09-2013 – Kesatuan Guru-Guru Tebing Barat menerima tamparan baru pada hari ahad dengan pengisytiharan perletakan jawatan kakitangan Pejabat Pendidikan Tulkarm daripada keanggotaan Perhimpunan Agung Kesatuan Guru Palestin atas alasan kecuaian hak-hak guru dengan perjanjian yang tidak adil bersama kerajaan.

Perletakan jawatan ini datang selepas gelombang besar perletakan jawatan yang menyaksikan sektor-sektor besar dari kalangan guru di tebing barat Gaza pada bulan lalu dan tuntuan mengasaskan kesatuan sekerja badan baru yang mewakili guru yang tidak dipimpin oleh nafsu-nafsu politik.

Kakitangan yang meletak jawatan berkata dalam satu kenyataan, selepas keputusan yang menyedihkan yang memaksa kesatuan Guru-Guru menandatangani perjanjian dengan kerajaan Palestin manakala pentadbir di pejabat-pejabat Pelajaran dikecualikan, Kakitangan Pejabat Pendidikan Tulkarm memutuskan “pengasingan” daripada Kesatuan Guru-Guru.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadirah