
Jumaat, 13-09-2013 – Jabatan Perdagangan Palestin di semenanjung Gaza memberi amaran tentang penutupan terowong di antara Gaza dan Mesir tanpa membuka laluan perdagangan atau membenarkan kemasukan semua jenis barangan ke Gaza, lalu semakin memburukkan sekatan.
Ia turut menyatakan bahawa penutupan terowong menyebabkan kerugian ekonomi yang besar terutamanya dalam sektor pembinaan yang bergantung sepenuhnya kepada bahan yang disalurkan menerusi terowong memandangkan kemasukan telah dihalang oleh pihak Israel.
Tentera Mesir meneruskan pemusnahan terowong yang dibina oleh rakyat Palestin untuk menyeludup masuk bahan asas ke Gaza.
penterjemah : nuridawati
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En