Categories
Berita Semasa

Persidangan Antarabangsa Mengesahkan Penguasaan Agenda Zionis di Palestin

Jumaat, 13-09-2013 – Persidangan antarabangsa yang mengkaji perjanjian Oslo dan kesannya terhadap rakyat Palestin berakhir pada hari ahad (8-9). Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Pelarian Palestin dan Institut Pengajian Arab dan Islam di Universiti Exeter di Britain, di ibu negara Britain, London bagi membincangkan kesan-kesan Oslo kepada pendidikan, isu tawanan, pelarian, Jerusalem dan masa depan perjanjian yang berada di bawah sekatan garisan politik.

Persidangan ini berlangsung pada ulang tahun ke-20 bagi menandatangani perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin dan pendudukan Zions pada tahun 1993 dengan disertai oleh beberapa kumpulan dari ahli akademik, ahli politik dan pakar-pakar antarabangsa dari Australia, Amerika, Norway, Sweden, Britain, Qatar, Kuwait dan negara-negara lain yang membentangkan kertas kerja meliputi perjanjian Oslo dalam semua aspek, latar belakang, aplikasi dan kesannya terhadap rakyat Palestin dan hak-hak mereka terutamanya isu pelarian, hak mereka untuk kembali ke rumah masing-masing serta isu Jerusalem, penempatan dan banyak isu-isu lain.

Persidangan ini bermula semalam, Sabtu (7-9) di mana ianya telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Pelarian Palestin, Mohamed Hamed yang menekankan kewujudan sebahagian besar rakyat Palestin menentang perjanjian Oslo kerana mempunyai kerugian yang jelas. Beliau bersendirian mengatakan bahawa Pusat Pelarian Palestin merupakan sebahagian daripada pembangkang untuk bekerja
bagi melindungi hak-hak rakyat Palestin untuk kembali di mana ianya menjadi ancaman di bawah perjanjian Oslo.

penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com