Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Gaza adalah tapak perjuangan, bukan keganasan

Jumaat, 20-09-2013 – Anggota biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk telah membidas kenyataan konsular Palestin yang menggambarkan Gaza sebagai pangkalan untuk “keganasan”.

Abu Marzouk Khamis lalu di laman Facebook mengutuk mereka yang cuba memberi gambaran Gaza sebagai pangkalan untuk keganasan atau sumber ekstremisme. Beliau berkata Gaza adalah pengkalan pertahanan dan duri dalam daging di sisi penceroboh. Beliau berkata Gaza adalah projek untuk pembebasan dan pengembalian hak.

penterjemah : hijjaz
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En