Categories
Berita Semasa

Hammad menghubungi rakan-rakan sejawat Arab meminta mereka campur tangan dengan segera.

Jumaat, 20-09-2013 – Menteri Dalaman Gaza Fathi Hammad telah menghubungi 3 rakan sejawat negara Arab menggesa mereka segera campur tangan dalam hal Mesir dan membuka laluan Rafah.

Hammad menghubungi menteri dalaman Sudan, Qatar dan Oman pada Khamis meminta mereka campur tangan dengan Mesir untuk menyelamatkan Gaza daripada situasi kemanusiaan yang semakin meruncing. Beliau berkata, penutupan laluan Rafah di sempadan Semenanjung Gaza dan Mesir telah menyebabkan ribuan terkandas di kedua belah sempadan.

penterjemah : nuridawati
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En