6 Paksi Palestin mahu kemelut dalaman dihentikan


Selasa , 03/10/06 –
Enam paksi politik Palestin menyeru rakyat Palestin dan ahli Hamas serta Fatah yang bertelagah agar segera menghentikan kemelut dalaman mereka. Kegagalan mereka untuk bertenang dan melindungi kemahuan rakyat Palestin menggambarkan kegagalan untuk mengaplikasikan apa yang terkandung di dalam Dokumen Kesatuan Kebangsaan.

Enam paksi yang menandatangani memorandum itu adalah kumpulan Demokratik Hadapan Kebebasan Palestin, kumpulan Popular Hadapan Kebebasan Palestin, Parti Rakyat Palestin, Pertubuhan Demokrasi Palestin, Barisan Pejuang Kebangsaan dan Persatuan Initiatif Kebangsaan Palestin.

Mereka merayu semua paksi terutamanya parti yang bertelagah, Fatah dan Hamas agar menghentikan segala bentuk kezaliman, bergaduhan di jalanan dan berunding bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Paksi-paksi itu menambah bahawa pertembungan yang berlaku sekarang hanya akan menarik minat rejim Zionis dan mengancam keamanan yang dikehendaki oleh rakyat Palestin. Sembilan orang rakyat Palestin terbunuh manakala lebih kurang 100 yang lain cedera dalam pertempuran di Semenanjung Gaza Ahad lalu.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Palestin, Said Siyam dari Hamas mengatakan hanya Israel sahaja yang mendapat manfaat daripada kemelut dalaman ini. Beliau menambah bahawa satu persetujuan telah dicapai untuk menghantar sekumpulan Kuasa Eksekutif yang terletak di bawah kementeriannya dan menghentikan semua perbuatan menayang senjata kepada umum di Gaza. Siyam telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kumpulan Keselamatan di bawah pengawasan delegasi keselamatan Mesir malam tadi.

Beliau berkata bahawa semua pasukan keselamatan mesti terlibat dalam mengembalikan keamanan dan bekerjasama dengan Presiden Abbas serta Perdana Menteri Ismail Haneyya dalam usaha mengembalikan peraturan dan undang-undang. Siyam menambah bahawa beliau telah bersetuju dengan ketua-ketua kumpulan keselamatan untuk menyiasat semua keganasan dan menghantar fail ke pejabat peguam dalam usaha untuk memfailkan hukuman ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam keganasan dan serangan. Siyam turut mengecam serangan ke atas Timbalan Perdana Menteri Palestin Nasser Ed Deen Al Sha’er di Nablus yang terletak di utara Tebing Barat.