Seorang pekerja Palestin maut ditembak rejim Zionis.


Khamis , 05/10/06 –Taufiq Abu I’iah, 29 seorang pekerja Palestin dari Kampung Tarqumia berdekatan Tebing Barat Bandar Hebron, telah di tembak mati oleh tentera regim Zionist dan polis sempadan, sewaktu kempen penangkapan pekerja-pekerja Palestin yang bekerja di bandr Israel, Jaffa tanpa permit kerja pada petang Rabu.


Sumber polis memberitahu bahawa polis mencari dan menyerbu kawasan di mana rakyat Palestin yang bekerja tanpa permit sedang tidur. Setelah dikumpulkan semua pekerja, salah seorang daripadanya menyerang pihak polis dan mencuba untuk merampas pistol. Sewaktu kejadian tersebut, pistol ditembak dengan tidak sengaja dan telah membunuh pekerja terbabit.

Walaubagaimanapun, terdapat berita yang bercanggah dari jiran-jiran yang tinggal berhampiran kawasan tersebut, yang memberitahu suratkhabar Israel bahawa mereka mendengar polis berkata ‘berhenti atau saya tembak’ sebelum tembakan kedengaran, menunjukkan bahawa tembakan adalah disengajakan bukannya secara tidak sengaja seperti yang diberitahu oleh polis terbabit.

Dengan keadaan kewangan yang merosot di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, ramai pekerja Palestin terpaksa untuk mencari kerja di Israel untuk menyara hidup keluarga mereka. Sebagai ganti, pihak penguasa Israel tidak akan mengeluarkan permit kerja untuk rakyat Palestin yang berusia kurang dari 30 tahun dan pekerja tidak boleh mempunyai ‘rekod keselamatan’.

Jika permit kerja dikeluarkan, bermakna mereka yang berumur lebih dari 30 tahun dan Israel tidak ada rekod mengenai mereka, harus keluar dari rumah pada pukul 2 pagi dan terus menuju ke check point utama di Bandar itu dan akan diberi pelepasan untuk ke kawasan Israel di Bandar tersebut melalui tembok pemisah, dan kemudian, harus menunggu tanpa masa yang ditetapkan dan berharap agar mereka diberi pelepasan dan kerja, dan tidak sehingga mereka di periksa dan diganggu oleh askar rejim Zionis sehingga pukul 7 pagi.