Ulama Demo Di Hadapan Mahkamah Israel


Khamis , 05/10/06 –
Ratusan warga Al-Quds jajahan 1948 ,Selasa (3/10/06) berdemontrasi di depan Mahkamah Tinggi Israel di Al-Quds. Mereka memprotes syarikat-syarikat Amerika dan Israel yang sedang membangunkan Muzium Toleransi di atas tanah makam Ma’manillah yang
mempunyai nilai sejarah kepada Palestin.


Hadir dalam demonstrasi tersebut, Syaikh Raed Solah (ketua gerakan Islam di wilayah jajahan Israel), Mustafa Abu Zahrah (pengurus Yayasan Waqaf Ma’manillah) dan Syaikh Ali Abu Syaikhakh (ketua
Lembaga Al-Aqsa untuk kemakmuran tempat-tempat suci umat Islam).

Mereka yang hadir membawa sepanduk dan poster berbahasa Arab, Inggeris dan Ibrani yang mengecam pencerobohan terhadap kehormatan tempat suci umat Islam. Diantaranya makam Mamanillah. Dalam salah satu poster terdapat foto penggalian kubur orang-orang Islam yang dilakukan oleh syarikat Amerika dan Israel. Para demonstrator menuntut dihentikan segera pencerobohan terhadap wilayah suci umat Islam. Syaikh Raed Solah yang berucap di hadapan para demonstrator mengucapkan terima kasih atas peranan serta keperihatinan mereka terhadap kehormatan wilayah Al-Quds. Tindakan
sebegitu mempunyai pengaruh yang besar terhadap peverobohan yang selama ini dilakukan Israel.


Hadir dalam demonstrasi tersebut, Syaikh Raed Solah (ketua gerakan Islam di wilayah jajahan Israel), Mustafa Abu Zahrah (pengurus Yayasan Waqaf Ma’manillah) dan Syaikh Ali Abu Syaikhakh (ketua Lembaga Al-Aqsa untuk kemakmuran tempat-tempat suci umat Islam).


Terakhir Mahkamah Israel mengadakan perjumpaan khusus membahaskan masalah Makam Ma’manillah, menyusul penolakan dari syarikat Amerika dan Israel untuk menghentikan pembangunan Muzium Toleransi di kawasan tersebut. Mereka masih menggali kawasan tersebut yang masih mempunyai tulang-belulang mayat kaum muslimin. Sementra itu, aktivis Yahudi dari Amerika dan Israel menyokong
pembangunan Muzium Toleransi tersebut.

Bahkan perbahasan isu ini dihadiri oleh utusan khas Amerika. Di antara yang hadir dalam pertemuan ini adalah, Rahib Murwen Herdari Central Vezenanital Zioinis di Los Angeles dalam usaha mereka mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi Israel tentang pentingnya pembangunan Muzium tersebut.