
Jumaat , 06/10/06 –
PM Israel Ehud Olmert menyatakan kesediaannya untuk memberikan sokongan penuh kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas, dengan harapan dapat melemahkan dan menjatuhkan pemerintahan Palestin yang dipimpin Hamas. Olmert mengatakan beliau bersedia menyokong Abbas untuk melaksanakan “roadmap”, sebagai usaha melanjutkan proses kompromi. Dalam waktu terdekat, beliau akan mengajukan apa yang disebutnya “idea-idea memberikan bantuan kepada Palestin”, untuk menguatkan kedudukan presiden Abbas.
Pernyataan Olmert tersebut disampaikan dalam pertemuannya dengan Setiausah Negara Amerika, Condalizza Rice, Khamis (05/10), yang memfokuskan perbahasaan berkenaan pendekatan terbaik melemahkan dan menjatuhkan pemerintah Palestin. Perbincangan kedua-dua belah pihak turut membahaskan kemungkinan pembentukan kerajaan campuran Palestin serta penegasan tentang peripentingnya pemerintahan baru nanti tunduk kepada syarat-syarat yang telah diajukan, khususnya pengiktirafan terhadap kewujudan penjajah Zionis Israel dan kesepakatan-kesepakatan politik sebelumnya serta menghentikan penentangan terhadap penjajah.
Sementara itu Mantan Menteri Luar Israel, Silvan Shalom meminta Amerika menyokong Abbas, setelah persiapan akhir menjatuhkan kerajaan Palestin kini yang dipimpin gerakan Hamas.
“Amerika harus mengambil langkah-langkah melawan radikalisme dan ketidakstabilan, bukan hanya sekadar pernyataan,” begitu kata Shalom seperti dipetik media-media Israel. Shalom menambah, “Washington harus membantu Abbas menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk menekan demi menamatkan pemerintahan yang dipimpin Hamas.”
Sumber-sumber media Arab sebelumnya telah mengungkapkan bahawa Rice telah melakukan pertemuan tertutup dengan beberapa pemimpin Arab di Kaherah, termasuk Mesir, Jordan dan enam negara Teluk.. Rice meminta mereka melakukan tekanan keras terhadap pemerintah Palestin dan gerakan Hamas setelah yang terakhir ini menolak mengiktiraf kewujudan Zionis Israel.
Rice meminta para pemimpin tertinggi Arab memberikan sokongan penuh terhadap Presiden Abbas, untuk mendorongnya mengambil langkah-langkah berani diantaranya pembubaran pemerintahan yang dipimpin Ismail Haniyah.
Abbas sendiri telah menyatakan menolak melanjutkan perbincangan pembentukan kerajaan campuran, setelah sebulan lalu dia mengeluarkan keputusan pembekuan proses dialog, kemudiannya menyatakan bahawa perbincangan bermula dari kosong semula.