
Khamis , 12/10/06 –Gerakan Hamas menyeru rakyat Palestin agar bersedia untuk berkonfrontasi dengan musuh Zionis yang sedang dalam usaha untuk menceroboh Semenanjung Gaza, membunuh nyawa rakyat Palestin setiap hari dan memusnahkan harta benda mereka.
Gerakan itu dalam kenyataannya Selasa lalu merujuk kepada kemenangan Islam dalam pertempuran Ramadhan yang lepas. Mereka meminta komuniti Palestin agar meletakkan keyakinan kepada “pertolongan Allah dan keupayaan kita untuk mengusir rejim Zionis dari tanah-tanah kita dan masjid suci meskipun mereka mempunyai ketenteraan serta dominan dalam usaha-usaha teknikal atau peralatan perang yang canggih.”
“Kita mesti menghadapi rejim itu dengan cabaran dan bermaruah. Bukannya tunduk dan rendah diri.” Kenyataan itu menjelaskan. Hamas menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satu cara untuk mengusir tentera Israel dan menundukkan kesombongan mereka. Hamas turut memberi amaran bahawa cara yang fleksibel dan dialog dengan musuh tidak berguna sama sekali. Rundingan seperti itu hanya akan memberi semangat kepada Israel untuk meningkatkan serangan dan keganasan.
One reply on “Hamas seru rakyat Palestin bersedia menghadapi pencerobohan Israel”
good article , thanks for sharing the article!