
Khamis , 12/10/06 –
Angota Dewan Kneseet Israel dan ketua parti Persatuan Nasional ultra kanan Urey Areil mengumumkan, pembangunan perdana sinagog Yahudi di kawasan Masjid Al-Aqsa telah dimulakan. Sebelumnya Areil telah memasuki kawasan al-Aqsa dan mengumukan bahawa salah satu hak bangsa Yahudi adalah memasuki kawasan Haikal dan melakukan ibadah di dalamnya seperti kaum muslimin.
Areil menjelaskan, pihaknya sudah mempersiapkan beberapa keperluan untuk membangunkan sinagog tersebut. Beliau mengatakan membangun sinagog ini merupakan usaha pelurusan sejarah. Beliau mendakwa, pembinaan sinagog tidak akan menggangu bangunan lain di sekitarnya. Bagi orang Arab silakan melakukan apa yang mereka mahu, kami juga ada hak untuk melakukan apa yang kami inginkan, katanya.
Beliau menambah, idea pembangunan sinagog di kawasan Al-Aqsa bukanlah perkara baru. Bahkan perkara tersebut telah berjalan lama. Siapapun tidak boleh menghalang pembangunan Haikal tersebut. Namun beliau menegaskan, pembangunan sinagog Yahudi ini jangan sampai mempengaruhi keadaan antara kaum muslimin dan Yahudi. Oleh kerana itu, pembangunan sinagog ini tidak boleh menganggu bangunan sekitar. Kaum muslimin masih boleh melakukan solat di Masjid al-Aqsa yang ada di samping Haikal tersebut.
Areil berjanji, Sinagog ini tidak bermaksud menggantikan masjid kaum muslimin. Bangsa Arab dipersilakan melakukan kegiatannya di dalam masjid sementara kami juga melakukan apa yang kami inginkan di dalam sinagog.
Beliau menambah, pembangunan sinagog tidak akan menghalang kaum muslimin melakukan solat di dalam Masjid Al-Aqsa. Ini adalah kesempatan bagi dunia Islam untuk menunjukkan sikap toleransi mereka dengan mengakui agama lain yang ada di wilayah Al-Quds.
Rancangan bangunan Sinagog ini akan diserahkan kepada pemerintah daerah Al-Quds. Beliau menyatakan bahawa sehingga kini belum ditentukan, di bahagian mana akan dibangun sinagog tersebut. Namun menurut keyakinannya, sinagog baru Yahudi ini akan dibina di sebelah selatan bahagian Masjid Al-Aqsa.