Hamas: Abbas Perlu Letak Jawatan


Jumaat , 13/10/06 –Perwakilan Gerakan Pejuang Islam (Hamas) di Lebanon Usamah Hamdan mengajak Presiden Autoriti Palestin, Mahmud Abbas dan penasihatnya untuk meletakkan
jawatan. Hamdan menuduh Abbas dan para penasihatnya itu dengan sengaja berusaha< menggagalkan pembentukan kerajaan campuran nasional Palestin.
Dalam sidang akhbar kelmarin, Rabu (11/10) di Beirut, Hamdan mengatakan bahawa
Presiden Abbas tidak ada hak untuk melaksanakan pilihanraya umum pada waktu terdekat
ini. ?Keadaan politik Palestin akan menjadi semakin tidak kondusifnya jika Abbas
membubarkan kerajaan Hamas sekarang dengan kuasanya sebagai presiden dan membentuk
pemerintahan darurat,? demikian Hamdan berhujah seperti yang disiarkan oleh TV
Al-Jazeera, Khamis (12/10).

Tokoh Hamas di Lebanon itu bahkan menuding Abbas dan kumpulannya telah memberikan
?payung? jarum-jarum Amerika dan Zionis Israel untuk diterapkan kepada rakyat
Palestin. Hamdan juga menuding kepada Fatah yang berusaha menggagalkan inisiatif
perdamaian yang digagaskan oleh Qatar sebelum inisiatif itu sendiri dimulakan.
?Pihak Fatah tidak menginginkan terbentuknya kerajaan campuran sejak perkara itu
disampaikan kepada Bush. Akhirnya Abbas membuat keputusan berdasarkan arahan Bush.?

Hamdan melihat usaha orang tengah yang dimainkan oleh Menteri Luar Qatar Syeikh
Hamd bin Jasem Al-Thani untuk menyelesaikan isu antara Abbas dengan PM Ismail
Haneyyah adalah ?positif? dan Hamas menyambut baik usaha tersebut sejak awal lagi.
Hamas sebelumnya juga menolak cadangan mengiktiraf entiti Zionis Israel atau
mengakui persetujuan-persetujuan yang ditandatangani oleh pemerintahan sebelumnya
dengan pihak Zionis Israel.

One reply on “Hamas: Abbas Perlu Letak Jawatan”

Comments are closed.