
Jumaat , 13/10/06 –
Pejuang Palestin pada Khamis menahan patrol tentera IOF yang mencuba untuk memasuki Nablus di utara Tebing Barat dan memusnahkan jeep rejim Zionis dalam proses itu. Jurucakap rejim Zionis mengesahkan serangan tersebut, dan menerangkan bahawa ia berlaku apabila tentera rejim Zionis mula bergerak memasuki ke Bandar Lama Nablus.
Beliau berkata, enam bom buatan sendiri telah dilontarkan kepada pasukan tentera tersebut yang mengakibatkan kerosakan teruk pada jeep tentera, namun tidak memberitahu mengenai samada berlaku kematian anggota. Beliau menambah yang anggota pejuang Palestin juga telah mengalami kecederaan dalam serangan rejim Zionis di pendalaman Qasaba di Nablus. Saksi memberitahu seorang pemuda Palestin telah dibelasah oleh tentera rejim Zionis disekatan jalanraya di Hawara selatan Nablus.
Sementara itu di Jenin, ketumbukan tentera rejim Zionis melancarkan serangan keatas sekumpulan penduduk Palestin yang mencederakan lima daripada mereka apabila pejuang pembebasan mencuba untuk menghalang kemaraan mereka ke kem tahanan di bandar tersebut.
Saksi memberitahu yang pejuang menahan anggota tentera rejim Zionis yang menceroboh rumah-rumah penduduk. Sumber tentera Israel turut mendedahkan yang 12 orang Palestin telah ditahan di sekitar kawasan Tebing Barat sepanjang malam Rabu lepas yang didakwa sebagai ahli kumpulan Hamas, Jihad Islami dan gerakan Fatah.
Tentera rejim Zionis telah menahan lebih daripada 50 orang penduduk Palestin sepanjang minggu lepas dalam rangka mereka untuk menambahkan tekanan terhadap rakyat Palestin.