
Jumaat , 13/10/06 –
Dua pertubuhan hak asasi manusia di palestin Rabu lalu mengecam tindakan Israel menyerang kediaman ahli parlimen Mariam Farahat di bandar Gaza. Mereka turut menyelar kesenyapan dunia yang seolah-olah membuka jalan yang luas kepada rejim Israel untuk meneruskan jenayah mereka ke atas rakyat Palestin.
Pusat hak asasi manusia Mizan memberi amaran bahawa tindakan masyarakat antarabangsa mendiamkan dia hanya akan memberi semangat kepada rejim itu untuk meneruskan agenda keganasan perang mereka. Dalam kenyataannya berhubung serangan udara Israel, badan itu menegaskan bahawa dunia seharusnya menggunakan kuasa antarabangsa dan tanggungjawab etika yang dimiliki untuk membuat penyiasatan terhadap setiap keganasan yang ditaja oleh Israel.
Mereka turut mengutuk polisi Israel untuk memusnahkan rumah-rumah penduduk yang secara terang-terangan merupakan kezaliman antarabangsa. Serangan Israel sejak dua hari yang lepas telah membunuh dua nyawa rakyat palestin dan meranapkan lapan buah rumah di samping menyebabkan kemusnahan harta benda yang besar.
Dalam pada itu, pertubuhan hak asasi manusia Damir (Conscience) secara terang-terangan mengutuk serangan udara Rabu lalu yang telah memusnahkan rumah tiga tingkat milik Farahat dan merosakkan beberapa buah rumah di sekitarnya. pertubuhan itu turut mengesahkan bahawa pihak yang melakukan kekejaman seumpama itu sepatutnya dihukum sebagai penjenayah perang.
Mereka menyeru semua peserta yang terlibat dengan persidangan di Geneva agar menunjukkan komitmen mereka dan memberi tekanan kepada kerajaan Israel agar mematuhi peraturan antarabangsa terutamanya dalam isu melindungi penduduk awam ketika di dalam peperangan.