Categories
Berita Semasa

Laporan: Mesir menutup sempadan Rafah selama 96 hari dalam masa 6 bulan

Khamis, 27-02-2014 – Statistik rasmi Palestin menunjukkan bahawa pada tahun 2013, sempadan Rafah telah ditutup selama 101 hari, sementara jumlah penutupan sempadan tersebut mencecah 96 hari sejak 30 Jun.

Statistik tahunan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Am Sempadan, Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara di Gaza, menunjukkan bilangan pelepasan yang merentasi sempadan Rafah pada 2013 hanya mencecah 152,278 penumpang, yang mana merupakan bilangan kecil berbanding tahun 2012, akibat daripada penutupan sempadan yang kerap terutama pada separuh tahun yang kedua. Sebahagian sempadan Rafah telah dibuka sejak awal Julai lalu selepas rampasan kuasa tentera Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah