Categories
Berita Semasa

20 tahanan Palestin ditahan dalam penjara berasingan

Jumaat 28-02-2014 – Kementerian Hal Ehwal Banduan mendedahkan 20 tahanan Palestin telah ditahan di penjara Israel untuk tempoh masa yang berbeza.

Menurut laporan daripada Kementerian tersebut, empat tahanan telah di tempatkan di dalam sel yang berasingan di penjara Eshel, manakala dua tahanan ditempatkan di penjara Ramle. Baki tahanan lain ditempatkan di lain-lain penjara Israel. Kementerian Hal Ehwal Banduan mengutuk dasar pengasingan oleh Israel yang dipraktiskan terhadap tahanan Palestin, dan sekaligus telah melanggar perjanjian yang telah dicapai antara Pergerakan Tahanan Banduan dan pihak berkuasa Israel untuk menamatkan dasar sel tahanan berasingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah