Categories
Berita Semasa

Abu Sabah: Penutupan Perlintasan Rafah Adalah “Jenayah Perang”

Jumaat 28-02-2014 –Menteri Undang-Undang Palestin, Athaullah Abu Sabah menuntut Mesir menunaikan tanggungjawabnya membuka sekatan terhadap Gaza dan membuka pintu masuk Rafah secara tetap dan tanpa apa-apa syarat.

Dalam sidang akhbarnya, Rabu (26/2) Abu Sabah menegaskan, Sekatan Gaza merupakan tindakan tidak sah yang menyalahi norma dan undang-undang antarabangsa dan Hak Asasi Manusia. Abu Sabah menganggap Sekatan Gaza merupakan kejahatan perang, yang harus diseret ke pengadilan antarabangsa sebagai jenayah perang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman