
Jumaat 28-02-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) memberikan notis arahan berpindah kepada 20 keluarga di utara Lembah Jordan kawasan Ebzeiq.
Para penduduk berkata notis tersebut diberi pada Selasa malam atas alasan latihan ketenteraan akan dijalankan oleh pihak tentera IOF di kawasan itu pada pagi Rabu.
Mereka berkata arahan pemindahan itu menyatakan bahawa para penduduk harus meninggalkan kediaman dan khemah mereka dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. IOF mengambil kesempatan dari latihan ketenteraan itu dari semasa ke semasa untuk mengganggu golongan Badwi yang tinggal di Lembah Jordan dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati