Hamas menyeru Negara-negara Arab dan Islam mencontohi langkah Qatar


Rabu, 06/12/06 –
Kumpulan pejuang Hamas Isnin lalu begitu menghargai sokongan Qatar terhadap rakyat Palestin dan menjemput Negara-negara Arab serta Islam yang lain agar mencontohi langkah Qatar sekaligus memecahkan pemulauan tidak adil yang dikenakan ke atas rakyat Palestin.


Jurucakap Hamas, Dr.Ismail Redwan memberitahu PIC bahawa inisiatif kerajaan Qatar untuk membayar gaji 40,000 orang guru Palestin dengan jumlah USD$22 juta menggambarkan hubungan kuat di antara dua kelompok masyarakat. Beliau berkata bahawa langkoh kerajaan Qatar yang turut menyatakan kesediaan untuk membayar gaji kakitangan kesihatan Negara itu menunjukkan keikhlasan Doha untuk menghapuskan pemulauan terhadap rakyat Palestin sejajar dengan keputusan menteri-menteri luar Arab.

“Kami berharap agar langkah baik ini akan diikuti oleh yang lain dengan matlamat menghentikan kepungan dan pemulauan,” ujar Redwan. Jurucakap Hamas itu turut menyeru pemimpin-pemimpin Arab dan negara-negara Islam yang lain agar menyokong kesabaran rakyat Palestin dan menyumbang ke arah penghapusan ‘kekejaman ekonomi dan sekatan politik yang dikenakan ke atas mereka. Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Palestin telah melindungi masjid suci Al-Aqsa serta maruah ummah Arab dan muslim secara keseluruhannya.