
Rabu, 06/12/06 –Menteri Pendidikan Israel, Yuli Tamir telah menyarankan agar kandungan peta Palestin perlu diubah mengikut sempadan pada tahun 1967. Kenyataan beliau itu telah menerima pelbagai reaksi di Israel, akhbar Jerusalem Post melaporkan.
Dalam satu temu bual di radio Israel, Tamir berkata
kanak2 di Israel perlu diberi kefahaman yang betul
dengan fakta sejarah yang betul, termasuklah
sempadan yang telah ditentukan selepas peperangan
pada tahun 1967 di mana Israel menakluk Tebing Barat, Jalur Gaza dan Timur Jerusalem.
Beliau berkata, kanak2 Israel perlu tahu akan “Garis Hijau” yang memisahkan sempadan Israel dengan
Tebing Barat.
Bekas Pengarah Kementerian Pendidikan Israel, Ronit Tirsoh daripada Parti Kadima, keputusan Tamir itu
hanya merupakan gimik politik. Tirsoh menyarankan agar sebarang keputusan yang mahu di ambil
perlu dibincangan terlebih dahulu dengan ahli kabinet Knesset.