Pejuang Al-Quds terselamat dari cubaan bunuh.


Rabu, 06/12/06 –

Sumber yang diperolehi dari penduduk Palestin di Gaza melaporkan bahawa pejuang-pejuang Al Quds Brigades, sayap bersenjata Jihad Muslim terselamat dari cubaan bunuh yang terang-terangan dilakukan berdekatan pintu masuk selatan Beit Hanoun, Utara Semenanjung Gaza.


Tentera tersebut telah melancarkan peluru berpandu terhadap pejuang-pejuang yang berkumpul berdekatan Jalan Al Qaraman, Selatan Beith Hanoun, namun demikian pejuang-pejuang tersebut berjaya melarikan diri dari serangan tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu,sumber dari tentera Israel melaporkan bahawa askar-askar mereka melancarkan serangan itu adalah kerana pejuang-pejuang tersebut ingin melancarkkan serangan senjata buatan sendiri ke dalam kawasan penduduk Israel.

Peluru berpandu telah ditembak dari pangkalan tentera Israel yang berdekatan sempadan Semenanjung Gaza, laporan dari sumber tempatan.