Ahli politik Israel mahu kerajaan PA digulingkan.


Rabu, 06/12/06 –
Seorang daripada hli politik terkemuka Israel yang menerajui parti Kadima menyeru agar kerajaan Hamas yang kini menguasai kerajaan PA dugulingkan dan diganti dengan sebuah kerajaan yang lebih sederhana dalam usaha menyokong Presiden PA Mahmoud Abbas serta paksi Fatah.


Radio Hebrew memetik kenyataan ahli parlimen Kadima, Otin’ol Schnler yang menegaskan bahawa kerajaan Palestin sekarang mesti digulingkan dan Tel Aviv mesti mengambil bahagian dalam pembentukan ‘kerajaan alternatif Palestin’. Dalam pada itu, ketua parti pembangkang, parti Likud, Binyamin Netanyahu pula berkata bahawa partinya akan menggubal sebuah polisi yang baru untuk menentang Hamas yang kini menguasai kerajaan dan akan menyokong pembentukan kerajaan yang lebih sederhana. Beliau terus melancarkan kempen serangan ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza yang didakwa sebagai menglenyapkan ‘pengganas’. Beliau turut menganjurkan penutupan terminal Rafah untuk menyekat apa yang disifatkan leh beliau sebagai tempat penyeludupan senjata api ke semenanjung itu.