
Rabu, 06/12/06 –
Buat pertama kali, Olmert mengaku di khalayak umum berhubung keputusannya menghentikan serangan terhadap Hizbullah di selatan Lubnan
kerana menyelamatkan tentera rejim Zionis dari serangan gerila Hizbullah.
Seramai 150 rejim Zionis terbunuh dan ratusan yang lain cedera parah dalam peperangan selama 34 hari tersebut. Serangan roket buatan rakyat Palestin juga tidak dapat ditangkis oleh sistem pertahanan
Israel yang dikatakan kebal itu.
“Kita menghentikan serangan kerana untuk menyelamatkan nyawa tentera kami” , ujar Olmert semasa sessi parlimen Knesset yang menjadi hangat kerana perdebatan beliau dengan Benyamin
Netanyahu.
Roket buatan pejuang Palestin dari hari ke hari makin dinaiktarafkan sehingga mampu dilancarkan ke tempat2 strategik Israel. Pihak Israel sendiri berasa sangat tertekan sehingga meminta pihak Syria
agar mempengaruhi pihak pejuang Palestin agar menghentikan serangan.
“Kami terpaksa akur utk mengadakan genjatan senjata kerana kami tiada pilihan”, ujar Olmert.