
Khamis, 07/12/06 –
Menteri Urusan Tahanan Palestin Ir. Washfi Kabha menegaskan, perundingan yang berlangsung untuk menyelesaikan pertukaran tahanan Palestin dengan tentera Israel, Ghilad Shalit yang ditahan di Gaza, ketika ini bermasalah dengan standard penentuan status tahanan dengan hukuman berat.
Menurut Kabha, pihak Israel tidak mengendahkan soal penentuan siapa yang memiliki masa hukuman berat yang diminta pihak Palestin agar mereka semua dibebaskan. Mereka adalah yang dijatuhkan hukuman seumur hidup ke atas dan mereka yang telah terperosok selama 16 tahun di dalam penjara tanpa proses pengadilan. Tahanan tersebut berjumlah 367 orang.
Menurut Kabha, pihak Palestin ketika ini khuatir sekiranya Israel membuat peraturan sendiri berkenaan penentuan siapa yang kena hukuman berat termasuk mengabaikan ratusan tahanan yang dijatuhkan hukuman seumur hidup ke atas. Hal inilah, menurut Kabha yang menjadi titik perselisihan yang menghalang jalan penyelesaian pertukaran sekarang.
Kabha menjelaskan, pihak Palestin telah mendapatkan isyarat positif melalui pihak orang tengah Mesir yang menyebut adanya persetujuan pihak Israel untuk membebaskan tahanan Palestin secara berperingkat bersamaan dengan itu akan dilakukan pembebasan tentera Israel, Ghilad Shalit yang ditahan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.
Persetujuan itu mencakupi pembebasan 400 tahanan Palestin, sebahagian besarnya adalah tahanan wanita yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Selainnya adalah tahanan kanak-kanak dan tahanan Palestin yang sakit. Pembebasan ini bersamaan dengan penyerahan Shalit oleh pihak Palestin kepada pihak orang tengah Mesir.
Pihak Israel juga bejanji akan membebaskan tahanan pada peringkat seterusnya sehingga Shalit bertemu dengan keluarganya di Mesir. Peringkat ini meliputi para pemimpin Palestin yang ditahan Israel seperti Marwan Barghoutsi dan Ahmad Sa’adat. Pada peringkat ketiga akan dibebaskan mereka yang dijatuhkan hukuman berat, berdasarkan standard pihak Israel.
Kubha turut menegaskan pentingnya pertukaran ini membebaskan para tahanan penjara seumur hidup ke atas, tahanan yang sakit, wanita dan kanak-kanak. Hal ini akan memberi kesan positif kepada masyarakat Palestin. Sikap keras kepala Israel menentukan standard sendiri akan meningkatkan ketegangan di Palestin.