HAMAS : Tiada Gencatan Senjata Selagi Israel Terus Menyerang.


Khamis, 07/12/06 –

Kempen penangkapan besar-besaran oleh rejim Zionis di perkampungan Kufr Dan, barat Jenin yang melibatkan 45 orang awam termasuk saudara mara aktivis yang dikehendaki telah didedahkan oleh Hamas semlm (06/12/06).


Shieikh Khaled al-Haj, salah seorang pemimpin politik Hamas berkata kempen tersebut membuktikan Israel tidak serius dalam menjayakan genjatan senjata.
“Sebarang perbincangan tentang gencatan senjata dengan Israel tidak bermakna kerana mereka tetap melakukan penangkapan”, ujar beliau.

Penangkapan seramai 45 orang tersebut dalam masa sehari, di samping merosakkan harta mereka merupakan bukti janji rejim Zionis tidak boleh dipercayai.