Categories
Berita Semasa

Kemenangan BDS apabila Vancouver menghalang Kapal Israel

Rabu, 17-09-2014 – Semoga ini adalah permulaan kempen di seluruh dunia terhadap Zim dan semua penghantaran perkapalan Israel, sehingga Israel mempertimbangkan dasar penyekatan semua penghantaran ke dalam dan dari Gaza.

Dalam protes 4 hari, melibatkan kumpulan hak asasi manusia dan buruh terancang terhadap syarikat gergasi perkapalan Israel Zim , syarikat gergasi itu ditewaskan Selasa di Vancouver , Kanada.

Kapal kontena yang besar Zim Djibouti pertama berlabuh di kemudahan Deltaport berteknologi tinggi pada 5 September, hanya untuk melihatkan bahawa para pekerja telah bersetuju untuk menghormati barisan piket yang ditubuhkan oleh pejuang hak asasi manusia.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana