Categories
Berita Semasa

174 rakyat Palestin Diculik Dalam Satu Minggu

Rabu, 17-09-2014 – Persatuan Banduan Palestin telah melaporkan pada hari Ahad , bahawa tentera Israel telah menculik 174 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki , pada minggu kedua bulan September , 2014.

PPS menambah bahawa kebanyakan penculikan ditumpukan di daerah Tebing Barat utara Jenin dengan 69 tangkapan di bahagian yang berlainan di daerah itu. Ia menambah bahawa tentera juga menculik 40 rakyat Palestin di daerah Tebing Barat selatan Hebron , 12 di Bethlehem , 17 di Ramallah , dan 10 di Baitulmuqaddis . Empat lagi rakyat Palestin telah diculik di daerah Nablus , empat di Qalqilia , lima di Tulkarem , sementara 13 rakyat Palestin telah diculik di Tubas dan Salfit, di Bank Barat.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada