
Rabu, 17-09-2014 – Menurut Kementerian Ekonomi Kebangsaan, stok penempatan produk Israel di mana kira-kira 98% daripada barang tersebut tamat tempoh telah dikesan di pasaran Palestin oleh krew Direktorat Perlindungan Pengguna (CPD).
Satu laporan yang dikeluarkan oleh CPD menyatakan bahawa produk Palestin pula adalah sebaliknya yang menyumbang hanya 1.9% daripada produk telah tamat tempoh. 350 lawatan pemeriksaan ke seluruh 2,345 kedai-kedai tempatan telah dijalankan oleh krew Direktorat yang termasuk dalam pengiraan statistik ini.
Menurut Berita & Info Agensi WAFA Palestin, Kementerian tersebut berkata punca penurunan mendadak produk Palestin telah tamat tempoh di pasaran tempatan disebabkan pematuhan pengilang dan peniaga Palestin terhadap “undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan yang berkuatkuasa, kepentingan untuk mengukuhkan daya saing produk Palestin , kawalan berterusan ke atas produk-produk di pasaran tempatan dan permintaan rakyat Palestin mengenai produk tempatan yang semakin meningkat berikutan kempen baru-baru ini untuk menggalakkan boikot produk Israel berikutan serangan Israel yang terakhir ke atas Semenanjung Gaza. ”
sumber : IMEMC News
penterjemah : hijjaz