
Rabu, 17-09-2014 – Kesatuan guru Palestin di Gaza menegaskan keperluan untuk meneutralkan sektor pendidikan dari sebarang pertelingkahan politik dan melantik mereka yang berkhidmat dalam sektor pendidikan mengikut dasar perundangan yang sah.
Kesatuan tersebut dalam sidang akhbar yang diadakan di Gaza pada Ahad (14-9) juga meminta pengurusan gaji yang segera kepada semua pegawai di sektor pendidikan dan ketetapan gaji serta pemerhatian mereka di Ramallah.
Kesatuan itu turut mengecam kerajaan yang menafikan hak guru-guru di Gaza dan ketidakpedulian mereka terhadap pertolongan mereka khususnya selepas serangan Zionis yang terakhir terhadap Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah