
Rabu, 07/02/07 –Sepanjang keganasan pertempuran dalaman antara Hamas dan Fatah (baca : sekumpulan pemberontak yang didalangi Dahlan) yang berlanjutan di Tebing Gaza, jumlah nyawa rakyat Palestin yang terbunuh mencecah 25 dan sekurang-kurangnya 245 lagi tercedera, termasuk beberapa penduduk yang masih dalam keadaan kritikal.
Pertempuran yang terbaru berlaku di petang Jumaat selepas 2 rakyat Palestin meninggal dunia atas kecederaan sebelumnya, pertempuran itu dikatakan mengorbankan 2 ahli tentera eksekutif Hamas di Khan Younis, di bahagian selatan Tebing Gaza.
Dr. Muawiya Hassanen, Ketua Unit Kecemasan di Kementerian Kesihatan Palestin berkata, 2 orang itu dibunuh pada petang Jumaat dalam pertempuran yang berlaku di kawasan Tal Al Hawa, di bandar Gaza. Sekurang-kurangnya 10 penduduk mengalami kecederaan yang serius.
2 orang itu dikenalpasti sebagai Ayman Al Najjar, 24, ahli tentera eksekutif Hamas dan Hatim Shihab.
Walaupun pergerakan Fatah dan Hamas mencapai persetujuan dalam pertemuan yang diadakan di Kedutaan Mesir di Gaza, pertempuran masih lagi berlaku antara ahli Fatah dan Hamas.
Abdul-Hakim Awad, jurucakap Fatah, berkata 8 ahlinya tercedera selepas pertemuan itu ketika dalam perjalanan pulang di Jalan Omar Almokhtar.
“Ketika kami dalam perjalanan pulang di Jalan Omar Almokhtar, kami diserangâ€, Awad berkata, “8 orang yang melindungi kami tercedera, 3 daripada mereka adalah pelindung peribadi saya”.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin meminta para penduduk menderma darah memandangkan kekurangan bekalan darah yang disebabkan oleh terlalu ramai pesakit.
Hampir kesemua pertempuran yang terjadi baru-baru ini berlaku di kawasan hampir dengan ibupejabat Keselamatan Palestin dan ibupejabat Ketenteraan di bahagian utara Tebing Gaza.
Ahli-ahli tentera eksekutif menyerbu masuk ke dalam kawasan latihan Tentera Presiden dan saling menembak dengan mereka; sekurang-kurangnya 50 tercedera.
Pertempuran yang masih berlaku di Tebing Gaza, 21 orang telah terbunuh sejak Khamis petang 14:43.
Dua parti Palestin, Hamas dan Fatah, menyambung pertempuran mereka di Tebing Gaza pada Jumaat petang, sehingga itu 21 rakyat Palestin terbunuh manakala 170 lagi tercedera.
Sumber perubatan di Tebing Gaza melaporkan nama-nama mereka yang terbunuh:
1- Mohamed Al Dahduh, 17,
2- Mahmod AL Wahidi, 21,
3- Muhamed Baker, 17
4- Waled Habush 7
Kesemua mereka dibunuh pada hari Jumaat petang manakala
5- Rana Diab 38: dibunuh di dalam rumahnya di bandar Beit Lahiya utara Tebing Gaza.
Dr. Muawiah Hassanin, Pengerusi Jabatan Kecemasan di Kementerian Kesihatan Palestin di Tebing Gaza melaporkan sedikit nama- nama yang terkorban dalam pertempuran Hamas-Fatah di Tebing Gaza:
6- Arafat Al Mushalah
7- Murad Al Tala
8- Akram Ghanam
9- Mohamed Khatab
10- Osamah Al Shumali
11- Tarik Abd Al Aziz
12- Abd Al Qader Islam
13- Midhat Thahier
14- Mohamed Al Ajrami
Ahli-ahli tentera eksekutif, kepunyaan Kementerian Dalaman, bertempur pada Khamis dengan Tentera Keselamatan Presiden Palestin di tengah Tebing Gaza.
Jurucakap Presiden Palestin, Wael Dahab, berkata bahawa tentera Hamas menghalang sekumpulan lori kepunyaan Tentera Presiden ketika lori-lori itu melalui jalan Salaheldin, dan berkata bahawa lori-lori itu hanya membawa bantuan logik dan bukannya senjata.
Mesir juga menolak tuduhan daripada Hamas bahawa lori-lori itu mengandungi senjata. Jurucakap Hamas berkata pada malam semalam Tentera Presiden menyerbu masuk ke dalam Universiti Islam Gaza dan sebahagian kawasan universiti itu dibakar.
Kedua-dua pemimpin parti saling tuduh menuduh, manakala di jalan-jalan aktivitis daripada Hamas dan Fatah masih bertempur.
Pada petang Jumaat beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di jalan-jalan di barat bandar Ramallah untuk memaksa kedua-dua Hamas dan Fatah untuk berhenti bertempur dan bersedia untuk berunding.