Rabu, 07/02/07 –Di tengah usaha mencari titik persefahaman dengan hati yang ikhlas di tanah suci Makkah, gerakan pemberontak di dalam kumpulan Fattah telah membunuh Komandan Muhammad Dib Abu Kirsy, 25, atau dikenali sebagai Abu Mus’ab, pada malam Selasa (6/2) di Mujamma’ Saraya (pusat perisikan), pusat bandar Gaza.
Saksi melaporkan Abu Mus’ab, salah seorang komandan Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, telah melalui kawasan Mujamma’ Saraya dengan kereta dan bersama-sama beliau adalah 3 orang lagi mujahidin Qassam.
Ketika itulah pengawal rumah Dahlan muncul dari jalan berdekatan mujamma’ tersebut, menyemburkan api yang besar, secara tiba-tiba dan memberhentikan kereta di belakang kereta mujahidin Qassam sebelum mengarahkan mereka meletakkan senjata.
Saksi tersebut menjelaskan bahawa kumpulan bersenjata tersebut adalah pengikut Dahlan memberi isyarat gerakan pemberontak di dalam kumpulan Fattah.
Keempat-empat mujahidin tersebut diarahkan berdiri menghadap dinding dan peluru dilepaskan dari jarak dekat dalam cubaan membunuh mereka sehingga membawa kematian kepada Abu Mus’ab dan mencederakan yang lain, salah seorangnya cedera parah.
Sumber menyatakan bahawa Abu Musab telah terdedah kepada cubaan membunuh pada 16 Mei yang lepas yang membuatkannya cedera dan terbunuhnya mujahid Muhammad At-Tatar ibu rumah Presiden, Mahmud Abbas.
Sumber kesihatan melaporkan 3 yang lain yang cedera adalah Hilmi ‘Abid, Muhammad Abu Namus, & Kamal Bana dan menyatakan bahawa Abu Mus’ab menghembuskan nafas yang terakhir sebelum tiba di Hospital Darussyifa’, Gaza.