
Khamis, 08/02/07 –
Seorang pakar geologi Israel di Al-Quds menegaskan, penggalian dan penghancuran jalan bersejarah Al-Magharibah menuju masjid utama Al-Aqsa yang
dilakukan Israel bertujuan mencari peninggalan bersejarah milik bangsa Yahudi.
Menurutnya penggalian itu bukan hanya bertujuan membangun tiang penyangga jambatan
di jalan gerbang masjid Al-Magharibah. Radio Israel mengutip pernyataan sejarawan
Yoval Barokh bahawa mereka akan menemui peninggalan bersejarah dalam aktiviti
penggalian tersebut. Hasil peninggalan itu akan di pamerkan sebahagiannya di
Al-Quds, tegas Barokh.
Barokh berusaha membela usaha penggalian yang dilakukan Israel dengan mengatakan,
?penggalian ini sah dan mengikut undang-undang serta tidak ada niat untuk merosakkan
kesucian masjid Al-Aqsa.? tegasnya. ?kami melakukan penggalian untuk menyelamatkan
peninggalan bersejarah di wilayah itu,?katanya.
Seorang saksi yang berjaya menghampiri gerbang Magharibah pada Selasa lepas
menyebutkan, tiga tempat penggalian Israel dilakukan dengan menghancurkan jalan
bersejarah di pintu Magharibah dari beberapa sudut dengan pengawasan pasukan tentera
dan polis Israel.