
Khamis, 08/02/07 –
Raja Arab Saudi, Raja Abdulllah telah melakukan pertemuan secara berasingan dengan presiden Mahmuod
Abbas dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Misyaal di Mekah dalam menangani pertelingkahan
dan juga menubuhkan kerajaan kesatuan.
Raja Abdullah berkata kepada Presiden Abbas, “apa yang berlaku sekarang di Palestin hanya memenangkan musuh Islam”. Dalam pertemuan
dengan Khalid Misyal , Raja Abdullah memberi komen “Pertelingkahan yang berterusan hanya akan memusnahkan apa yang di bangun dan juga
membazirkan tenaga.”
“Kami menggesa saudara kami di Arab Saudi agar campurtangan demi merapatkan jurang bagi mendapatkan persetujuan” kata Nabil Amr,
penasihat Abbas.
Perbincangan tersekat dengan 2 isu. Isu pertama adalah mengistiharkan negara Israel dan mengadakan
hubungan dengannya. Isu kedua adalah kedudukan porfolio kementerian di dalam kerajaan kesatuan.
Hamas tetap dengan pendirian bahawa negara Israel adalah tidak sah. Dengan pendirian itu membawa
kepada sekatan bantuan oleh Barat yang mengakibatkan krisis ekonomi.
Manakala di Washington, jurucakap Jabatan Amerika, Sean McCormack berkata “apa sahaja kerajaan yang dibentuk mestilah mematuhi prinsip
Quartet iaitu mengakui negara Israel, patuh kepada perjanjian terdahulu dan meninggalkan keganasan “.
Perbincangan turut memfokuskan kepada ancaman terhadap masjid Aqsa oleh rejim Zionis. Walaupun kedua2 pihak optimistik, terdapat
juga perkara2 yang masih belum mendapat kata sepakat. Perkara tersebut adalah komitmen terhadap perjanjian lama dengan Israel. Kedua, hak
mutlak rakyat Palestin yang sangat ditekankan Hamas dan ketiga adalah Hamas tidak mencalonkan calon bebas di dalam kementerian dalaman.