
Jumaat, 09/02/07 –
Doktor Muhammad Udh, Majis Menteri Palestin, meyakinkan bahawa Hamas dan Fatah akan meneruskan perbincangan penuh demi menubuhkan kerajaan campuran.
Beliau berkata,”Sesungguhnya kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haniyyah dikira sebagai ‘anak’ Palestin bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk menjayakan dialog Palestin – Palestin demi memenuhi sangka baik masyarakat, mengelakkan pertumpahan darah, menghentikan buruk sangka, dendam dan seterusnya membentuk kerajaan bersatu serta bangkit pula menentang musuh sebenar iaitu penjajah Zionis.”
Tambah beliau lagi, kerajaan Palestin yakin dengan niat yang betul dan ikhlas ke arah persetujuan membentuk kerajaan campuran dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.
Beliau mengutuk sekeras-kerasnya jenayah Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa As-Syarif dan seluruh kawasan suci Islam dan menganggapnya sebagai mengguris hati Muslimin seluruh dunia.
Beliau juga menyeru seluruh pergerakan Arab, Muslim, negara dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi untuk masuk campur segera demi memberhentikan segala perancangan menghina kemuliaan Islam dan Muslimin ‘dengan memusnahkan kawasan suci kita dan permusuhan berterusan terhadap kehormatan kita.’
Udh menganggap segala bentuk permusuhan oleh kerajaan Zionis ini menambah bahaya dan menyeru setiap warga Palestin sama ada dalam kerajaan, kepimpinan, dan rakyat untuk sama-sama bersatu mengelakkan pertumpahan darah dan persengketaan demi menghadapi musuh utama, di dalam satu saf sehingga kita mengecapi sebuah negara Palestin merdeka dan ibu negaranya adalah Al-Quds As-Syarif.