
Isnin, 12/02/07 –
Fateh dan Hamas bermesyuarat di Mekah dan menandatangani satu perjanjian sebagai pembentukan perpaduan dalam kerajaan. Perjanjian ini hasil rundingan inisiatif dari Saudi Arab.
Agensi Berita Al Jazeera yang berpengkalan dari Qatar membuat siaran lansung majlis menandatangani perjanjian tersebut yang dihadiri oleh raja Saudi Abdulla.
Perjanjian telah ditandatangani oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan ketua biro politik Hamas, Khalid Mashal.
Al Jazeera melaporkan bahawa Abbas secara rasmi meminta Perdana Menteri, Ismail Haniyya, untuk membentuk kerajaan baru, dan menghormati keamanan perjanjian ketika berurusan dengan Israel.
Mashal berkata Hamas akan tidak akan melanggar perjanjian yang ditandatangani, dan menambah bahawa semua orang perlu menghormati perjanjian tersebut.Kerajaan baru akan dibentuk itu adalah mengunakan formula atau cara yang dipersetujui semasa perbincangan tersebut.
Surat itu juga menyatakan bahawa kerajaan baru dipimpin oleh Haniyya akan diiktiraf sebelum perjanjian dibuat dengan Israel.
Presiden Abbas berkata perjanjian akan memuaskan hati semua rakyat Palestin dan membawa kepada keamanan.
Sementara itu, Mashal menyatakan persetujuan ini akan menyeragamkan rakyat Palestin dan Hamas sangat komited pada perpaduan ini.
Perjanjian juga mengikut Dokumentasi Tahanan (Detainees Do*****ent) yang melibatkan orang-orang kanan Palestin yang menjadi tahanan Israel, termasuk Marwan Barghouthi. Dokumen adalah untuk negara Palestin dalam wilayah pendudukan semenjak 1967, termasuk timur Baitulmuqaddis.
Formula baru pembentukan kerajaan ini diserahkan kepada Haniyya sebagai ketua kerajaan.
Menteri Dalam Negara dipilih oleh Hamas, dan mengenalpasti Hammouda Jarwan, 55, iaitu satu angota bebas; Fateh bersetuju.
Menteri Kewangan pula dipertangungjawabkan kepada Salam Fayyad, daripada Cara Ketiga Blok (Third Way Bloc), dan Kementerian Luar Negeri akan dipertanggungjawab kepada Ziad Abu Amro, anggota bebas.
Hamas akan dipertanggungjawab sembilan kementerian; Kementerian Pelajaran, Waqf dan Hal Ehwal Agama, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Kementerian Pekerja, Kementerian Mahkamah Keadilan, Kementerian Sukan, Kementerian Ekonomi Negara, dan satu menteri masih tak berfolio.
Hamas turut menamakan satu anggota bebas untuk Kementerian Perancangan,
Fateh akan dipertanggungjawab kepada enam kementerian; Kementerian Kesihatan, Kementerian Ehwal Sosial, Kementerian Pekerja, Kementerian Orang Tahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertanian, dan akan menamakan seorang menteri bebas.
Timbalan Perdana Menteri, dan satu menteri tak berfolio, akan dinamakan oleh Fateh.
Kementerian-kementerian Media, Hal Wanita, Kebudayaan dan Pelancongan akan diagihkan kepada kumpulan yang lain yang berpengaruh dikalangan masyarakat pembebasan Palestin, Blok Al Badeel, Blok Bebas Palestin, dan baki kementerian keempat akan diberikan kepada Hamas.
Sementara Itu, Israel mendesak Masyarakat Antarabangsa untuk mengesahkan bahawa kerajaan baru yang diktiraf oleh Israel akan muncul.
Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, berkata kerajaan Palestin hendaklah mengiktiraf keamanan yang sebelum ini dan menandatangani perjanjian, dan menolak keganasan.
Livni, ketika ini melawat Sepanyol, segala perjanjian masih sah, dan bagaimana kerajaan yang dibentuk hendaklah mengiktiraf mereka.
Livni menambah bahawa masyarakat antarabangsa mengenakan tiga syarat yang kerajaan Palestin harus terima; iktiraf Israel, melepaskan keganasan, dan menerima perjanjian keamanan sebelum ini antara Israeli-Palestinian.
Jurucakap Pemerintah Israel, Miri Eisin, tuntutan serupa ini diulang-ulang oleh Livni.
Pergerakan Hamas membuat satu kenyataan rasmi mengalu-alukan perjanjian, dan menganggap satu pencapaian negara.
Pergerakan Hamas berkata perjanjian ini memberi keselesaan kepada penduduk Palestin.
Jurucakap Hamas berkata perdamaian nasional seharusnya dicapai, terutama antara ahli-ahli Fateh dan Hamas.
Fateh turut mengalu-alukan perjanjian ini dan menganggapnya satu langkah positif yang akan mengukuhkan perpaduan dalam Palestin.
Kedua-dua Fateh dan Hamas berterima kasih kepada Arab Saudi dan rajanya Abdullah Bin Abdul Aziz kerana usaha padunya dan menjadi hos rundingan perpaduan yang menghasilkan satu perjanjian perpaduan di Mekah.