Haniyya : Rejim Zionis Sedang Berusaha Menggagalkan Kerajaan Perpaduan.


Jumaat, 02/03/07 –
Ismael Haniyyeh, Pemangku Perdana Menteri Palestin yang memikul tanggungjawab membentuk kerajaan perpaduan menegaskan,pengganas Zionis sekarang memang sedang melakukan pencerobohan keatas penduduk Palestin.

Pencerobohan ini membuktikan ia bertujuan mengagalkan usaha penduduk Palestin dan Arab dalam menghapuskan sekatan yang dikenakan keatas penduduk Palestin.Pada pagi Rabu 27/2/2007 ,penguasaan pencerobohan itu telah mula menular ke bandar Nablus (utara tebing barat).Dengan bilangan askar yg ramai dan kelengkapan perang yg banyak, mereka mengepung bandar lama itu dari setiap penjuru. Israel menyerbu dan menceroboh setiap rumah penduduk setelah memaksa penduduk keluar dari rumah.

Pada hari Rabu dalam penjelasannya kepada wartawan, Haniyeh berkata: “Pencerobohan zionis melalui pemusnahan berterusan di Nablus dan pembunuhan pemimpin penentang Palestin, mempunyai kaitan langsung dengan penolakan zionis terhadap persetujuan Makkah yang dapat mengukuh perpaduan negara palestin dan menggubal undang2 (perlunya) dalam membentuk kerajaan perpaduan yg diasaskan dengan persetujuan rakyat Palestin”.

Perdana Menteri Palestin juga mengarahkan penjajah yahudi Zionis yg menceroboh bandar Nablus berundur dan keluar dari kampung2, bandar2 dan kawasan2 kediaman penduduk palestin, berdasarkan kepada anekmen hak-hak antarabangsa yg mempunyai tanggungjawab sepenuhnya dalam “mengekang kedegilan / sifat keras kepala dan permusuhan zionis yahudi serta menghentikan siri pencerobohan yg berlarutan terhadap rakyat kita di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Sehubungan dgn itu Perdana Menteri membuat perjumpaan dengan kumpulan parlimen Hamas di dalam kabinet, dimana perjumpaan ini bermesyuarat dlm membentuk kerajaan perpaduan rakyat Palestin selepas mendengar pendapat dan cadangan mengenainya.